Buluh tergolong dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, tebu, padi dan gandum. Lebih tepat lagi buluh adalah sub-keluarga Bambusoideae yang mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.
Buluh atau nama botaninya Bambusoideae. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asia Tenggara and Asia Timur. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh sedap.
Di Asia Timur dan Asia Tenggara, buluh menjadi simbol ekonomi dan budaya. Ia biasa digunakan dalam pembinaan, sebagai makanan (rebung) dan juga hasil kraftangan.
Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buluh, antaranya adalah:-
- Buluh akar
- Buluh batu/tumpat
- Buluh duri
- Buluh gading
- Buluh kasap
- Buluh minyak/padang
- Buluh peleting
- Buluh lemang
Ciri-ciri :
- Mempunyai akar berserabut.
- Daun tirus dan berurat selari.
- Batang berongga
- Berbentuk silinder panjang (ruas) dan mempunyai buku (node) antaranya.
- Sebelum matang, selinder ditutupi dengan kelopak yang bermiang
- Ketinggian maksimum boleh mencapai sehingga 15 meter (50 kaki)
Terbaik๐๐ป๐๐ปsaya ingin tahu ciri khas pokok bunga ros pulak..boleh tak..❤kalau tk boleh tk pe..sya cri yg lain..๐ Terima kasih๐๐
ReplyDelete